Suasana yang kondusif
Saya amat berpuas hati dengan penganjuran kursus Latihan oleh Syarikat tempat saya bekerja di resort ini. Suasana yang kondusif, kolam renang yang besar untuk dewasa dan kanak-kanak serta pemandangan pantai yang cantik menjadikan program lebih berkesan. Makanan dan minuman yang disediakan juga sangat berkualiti dan memenuhi citarasa semua peserta. Yang pasti saya akan datang dengan keluarga satu ketika nanti. Kota Bharu Kelantan bukannya jauh sangat. Terima kasih semua kru DRBR.”